Asia

12,000 dijangkiti denggi di Uttar Pradesh

Oleh Agensi

New Delhi: Penularan denggi ini dikesan di kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi di Uttar Pradesh mengorbankan puluhan nyawa ketika Covid-19 masih tidak pulih sepenuhnya.

Kebanyakan jangkitan dikesan di barat negeri itu terutamanya di Firozabad, sebuah bandar yang terletak 50 kilometer (km) dari Agra dan 300 km dari ibu kota Lucknow.

Pada Isnin, dua lagi kematian direkodkan dengan jumlah keseluruhan mencecah 60 orang, menurut agensi berita, Press Trust of India.

Ketua Kesihatan Firozabad, Dinesh Kumar Premi berkata, mangsa yang terkorban kebanyakannya adalah kanak-kanak.

"Kami kini sedang mengambil langkah berjaga-jaga dan 95 kem kesihatan sudah beroperasi bagi merawat penularan wabak itu," katanya.

Menurut The Times of India, sekurang-kurangnya 12,000 orang kini sudah dijangkiti di Firozabad.

Pada 2020, jumlah kematian di Uttar Pradesh turun mendadak dengan hanya enam kes saja dilaporkan.

Disiarkan pada: September 16, 2021 @ 3:52pm
d