Asia

Covid-19: China rekod 28 kes baharu jangkitan tempatan

Oleh BERNAMA

Beijing: Sebanyak 28 kes baharu Covid-19 dilaporkan di wilayah Fujian membabitkan jangkitan tempatan, menurut Suruhanjaya Kesihatan pada Isnin.

Sementara itu, sebanyak 21 kes baharu membabitkan kes import, termasuk sembilan di Yunnan, empat di Shanghai, masing-masing dua di Zhejiang, Guangxi dan Sichuan, serta satu kes direkodkan di Fujian dan Shandong.

Tiada kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik kenyataan suruhanjaya itu.

Disiarkan pada: September 20, 2021 @ 4:25pm
d