Asia

Jepun rancang tarik balik darurat Covid-19

Oleh Agensi

Tokyo: Jepun merancang menarik balik status darurat yang dikenakan berikutan Covid-19, pada akhir bulan ini.

Kerajaan dijangka mengumumkan penarikan itu pada 28 September selepas mengambil kira pandangan pakar dan situasi semasa sistem kesihatan awam.

Jangkitan baharu Covid-19 negara itu menunjukkan trend menurun dalam tempoh tujuh hari, dengan Ketua Setiausaha Katsunobu Kato pada Selasa dilapor berkata, jumlah pesakit kritikal telah berkurangan.

"Kita akan membuat keputusan (sama ada darurat ditarik pada 30 September) selepas melihat sejauhmana tekanan dalam sistem kesihatan, menganalisis situasi vaksinasi, jumlah pesakit kritikal dan kadar penghuni katil hospital," kata sumber kerajaan.

Dalam sidang media berasingan, Menteri Kesihatan Norihisa Tamura berkata, tekanan terhadap sistem kesihatan awam menurun seiring pengurangan jumlah pesakit kritikal Covid-19 dan kematian.

"Berbanding minggu sebelumnya, jelas menunjukkan tekanan terhadap sistem kesihatan semakin kurang," katanya.

Disiarkan pada: September 22, 2021 @ 3:10pm
d