Asia

Thailand singkatkan tempoh kuarantin untuk pengembara sudah divaksin

Oleh AFP

Bangkok: Thailand akan memendekkan tempoh kuarantin untuk pelancong yang divaksinasi kepada tujuh hari mulai Oktober sebagai usaha menghidupkan kembali industri pelancongannya yang lesu.

AFP melaporkan, negara itu menarik hampir 40 juta pengunjung setahun sebelum pandemik, tetapi sekatan perjalanan yang berkaitan dengan Covid-19 memberi kesan kepada sektor itu.

Ia berusaha untuk membuka kembali sektor pelancongan walaupun ketika gelombang ketiga susulan kewujudan varian Delta.

Pihak berkuasa berkata, mulai Jumaat, tempoh kuarantin untuk pengunjung yang divaksin sepenuhnya adalah tujuh hari, kurang separuh dari tempoh 14 hari dengan syarat mereka mempunyai sijil vaksinasi.

Pengunjung tanpa sijil perlu dikuarantin selama 10 hari, jika mereka memasuki Thailand dengan penerbangan dan 14 hari jika menggunakan jalan darat.

Mereka akan dikenakan syarat sekurang-kurangnya negatif dua ujian Covid-19.

Pihak berkuasa merancang untuk membuka kembali lima destinasi pelancongan lain termasuk Bangkok, menggunakan model 'sandbox' pada 1 November, diikuti 20 lagi pada bulan Disember.

Namun, antara yang menjadi masalah ialah negara luar tidak menggalakkan rakyat mereka mengunjungi Thailand untuk melancong.

Disiarkan pada: September 28, 2021 @ 9:56am
d