Asia

Pratik ahli bina badan terpendek di dunia

Oleh Agensi

New Delhi: Seorang atlet India yang tingginya hanya 101.6 sentimeter (sm) dinobatkan sebagai ahli bina badan terpendek di dunia oleh Guinness World Records (GWR).

Impian Pratik Vitthal Mohite, 25, tercapai apabila rekod itu disahkan (GWR) selepas sekian lama pengiktirafan itu tertangguh akibat pandemik Covid-19.

"Impian saya adalah melakar sejarah dalam Guinness World Records dan satu penghormatan apabila ia tercapai.

"Saya sangat gembira dan ini akan menjadi pencapaian terbesar dalam karier saya," katanya.

Mohite dilahirkan dengan lengan dan kaki pendek yang luar biasa, sebelum dia disahkan kerdil.

Kekurangan itu bagaimanapun tidak menghalang Mohite untuk aktif dalam sukan bina badan sejak 2012.

Pemuda itu juga pernah mengambil bahagian dalam acara bina badan pertamanya, pada 2016.

"Keluarga sangat gembira dan bangga dengan saya dan rakan-rakan juga sangat menyokong dan sering membantu," katanya

Atlet istimewa itu memberitahu seorang rakan mencadangkan dia memecahkan rekod GWR sebagai ahli bina badan terpendek di dunia.

Dia juga merancang memecahkan rekod dunia lain pada masa akan datang.

Disiarkan pada: October 14, 2021 @ 7:01am
d