Asia

Mesir 'tahan' robot disangka pengintip

Oleh Agensi

Kaherah: Robot teknologi kecerdasan buatan (AI) Britain, Ai-Da ditahan 10 hari oleh pihak berkuasa Mesir kerana disangka pengintip.

Memetik portal Independent, Ai-Da ditahan di lapangan terbang Mesir dan dihantar ke Kaherah menggunakan kargo udara dalam kes penerbangan khas.

Isu itu menimbulkan ketegangan antara diplomat Britain dan Mesir ketika duta besar Britain mengetuai perbincangan untuk menjamin pembebasannya.

Ai-Da dijadualkan mempamerkan karya seninya pada pameran Forever is Now yang bermula Khamis hingga 7 November.

Pemilik Galeri Seni Oxford dan pencipta Ai-Da, Aidan Meller berkata, dia berterima kasih dengan usaha kerja keras Kedutaan Britain dan Art d'Égypte untuk membebaskan Ai-Da yang akhirnya dibebaskan pada petang Rabu.

"Jom kita jelaskan perkara ini. Dia (Ai-Da) bukan perisik. Orang takut robot, saya faham itu.

"Keadaannya berbeza kerana matlamat Ai-Da untuk memberi amaran tentang penyalahgunaan perkembangan teknologi tetapi dia ditahan kerana dia teknologi," katanya.

Disiarkan pada: October 23, 2021 @ 6:30am
d