Asia

Anak perempuan Sukarno kini bergelar Ratu Niang Sukmawati

Oleh Agensi

Bali: Diah Mutiara Sukmawati Soekarnoputri, 70, kini memiliki gelaran sebagai Ratu Niang Sukmawati sejurus secara rasmi memeluk agama Hindu hari ini.

Nama itu didakwa terinspirasi selepas Sukmawati dikatakan 'jelmaan' Ratu Majapahit Tribhuwana Tunggadewi.

Sebelumnya, Sukmawati menjalani upacara Sudhi Widhani dan secara rasminya memeluk agama Hindu di Sukarno Center Heritage di Bale Agung Singaraja di Buleleng di sini.

Pengurus Sukarno Center, Arya Wedakarna berkata, nama Ratu Niang Sukmawati itu direstui oleh ketua agama itu di Bali.

Terdahulu, CNN Indonesia melaporkan anak perempuan kepada bekas Presiden pertama Indonesia, Sukarno itu tiba di Sukarno Center Heritage bersama keluarganya dan dikawal polis.

Sukmawati memasuki Sukarno Center Heritage untuk menjalani upacara Sudhi Widhani atau upacara untuk berpindah keyakinan dari Islam menjadi Hindu.

Hanya keluarga dan undangan yang dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.

Pasukan keselamatan dan puluhan hulubalang setempat mengawal ketat lokasi berkenaan.

Disiarkan pada: October 26, 2021 @ 11:45pm
d