Asia

11 maut serangan di timur Iraq

Oleh AFP

Baghdad: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dalam serangan di sebuah kampung di timur Iraq, pada Selasa.

Serangan itu dipercayai didalangi kumpulan militan Daesh, kata sumber keselamatan.

Serangan berlaku di Al-Rashad di wilayah Diyala itu menyebabkan 13 yang lain cedera, kata sumber keselamatan tempatan.

Sumber lain memaklumkan, mereka terbunuh dalam serangan yang menggunakan senjata ringan, manakala lokasi kejadian adalah penempatan ramai anggota keselamatan.

Kawasan itu kini sudah ditutup sementara waktu dan pihak berkuasa sedang memburu penyerang, kata sumber utama.

Kedua-dua sumber berkata, perkampungan diserang ini dimiliki etnik Bani Tamim dan gabenor Diyala berasal dari etnik sama.

Militan Daesh berusaha untuk menakluk sebahagian besar Iraq dan Syria pada 2014, tetapi penguasaan itu gagal.

Disiarkan pada: October 27, 2021 @ 10:14am
d