Asia

Kereta api laju sebagai pilihan lebih lestari [METROTV]

Oleh EFE

Seoul: Korea Selatan mula melaksanakan mengubah suai dan memperluas jaringan kereta api lajunya, dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan bahan buangan.

Usaha itu tertumpu kepada dua model iaitu EMU 320 dan KTX Eum di mana ruang dalam gerabaknya sudah direka bentuk semuka untuk membolehkan ia membawa lebih banyak penumpang.

KTX Eum, baru sahaja beroperasi untuk dua laluan yang menghubungkan Seoul, bandar raya yang dihuni separuh daripada 51 juta penduduk Korea Selatan, dengan bahagian timur negara itu.

Kedua-dua model itu akan menggantikan KTX Sancheon dan KTX-I, model kereta api laju yang sering digunakan di Korea Selatan.

Ia memandangkan EMU 320 dan KTX Eum menggunakan berbilang unit elektrik, berbanding lokomotif.

Sistem diguna pakai EMU juga digunakan di kereta api laju di China, Jepun, Itali dan Jerman dan mampu mengurangkan lebih separuh pelepasan jejak karbon.

"Dibandingkan dengan KTX Sancheon (model sebelum EMU), kami menjangka pelepasan karbon dioksida untuk setiap penumpang dikurangkan daripada 16 gram kepada antara lapan dan 10 gram untuk setiap kilometer," kata pengarah Korail, Cha Chea-hwan.

Korail adalah pengendali sistem kereta api di Korea Selatan.

Sementara itu, pengarah kawasan polisi kereta api di Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan, Yun Sang-won berkata, kerajaan mahu mengubah "pengangkutan di jalan raya kepada pengangkutan dengan kereta api".

Ini bermakna tumpuan akan diberikan kepada reka bentuk dengan tempat duduk yang luas, koridor yang lebih lebar atau kemudahan pengecas telefon bimbit.

Selain itu, usaha akan ditumpukan bagi memastikan tambang yang lebih murah.

Disiarkan pada: November 6, 2021 @ 5:42pm
d