Asia

Padah beronani dalam MRT

Oleh Agensi

Singapura: Lelaki Malaysia yang berulang kali melakukan onani di dalam MRT didenda 2,000 Dolar Singapura (kira-kira RM6,147) oleh mahkamah di sini, pada Rabu.

Channel News Asia melaporkan, Lee Sin Hee, 38, mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan perbuatan lucah, sehingga mengganggu penumpang lain.

Mahkamah diberitahu bahawa Lee menaiki MRT dalam perjalanan ke Harbourfront di Laluan Circle, pada petang 12 April lalu.

Dia berdiri berhampiran pintu dengan menghadap seorang wanita dan melakukan onani di dalam seluarnya.

Bagaimanapun dia berhenti melakukannya apabila wanita itu turun di Stesen Serangoon.

Kemudian dia beralih ke tengah kabin dan berdiri di hadapan wanita lain serta melakukan perbuatan sama.

Kali ini, dia menggunakan begnya untuk melindungi pergerakan tangannya daripada pandangan, kata pendakwa raya.

Tindakan itu menyebabkan wanita berkenaan berpindah ke gerabak lain, tetapi perbuatannya dikesan seorang lelaki yang menghalangnya dan memintanya turun di stesen seterusnya.

Seorang kakitangan di Stesen Lorong Chuan kemudian menghubungi polis.

Pada 21 Ogos tahun lalu dia sekali lagi melakukan perkara sama dalam perjalanan ke Woodlands di sepanjang Laluan Utara-Selatan.

Lee yang melihat seorang wanita duduk di dalam gerabak merasa terangsang dan mula 'beraksi' di dalam seluarnya.

Aksi itu dilihat seorang wanita lain yang duduk di hadapannya dan Lee turun di Stesen Khatib.

Wanita berkenaan melaporkan kejadian itu kepada pegawai di stesen terbabit.

Disiarkan pada: November 11, 2021 @ 9:55am
d