Asia

Bapa pasang sendiri khemah, pelamin anak

Oleh Agensi

Jakarta: Tular di Indonesia video seorang bapa yang bertungkus-lumus memasang khemah, menyiapkan pelamin termasuk hiasan demi menggembirakan anak perempuannya pada hari perkahwinan.

Tribunnews melaporkan video itu tular selepas dimuat naik Marta, 23, iaitu anak kepada Suyanto, 50, di TikTok.

Marta berkata, majlis pernikahannya itu diadakan pada 10 Mac lalu cuma video berkenaan baru dimuat naik di aplikasi berkenaan.

Katanya, majlis itu diadakan di halaman rumah dan bapanya yang menawarkan diri untuk melakukan persiapan majlis dari awal hingga akhir.

"Ayah melakukannya daripada awal bermula dengan membersihkan rumah, sebelum itu, kebun pisang dan juga tempat pembuangan sampah.

"Kemudian, ayah juga yang memasang khemah, pelamin dan hiasan dengan semua bahan itu daripada buluh, papan dan kain," katanya.

Disiarkan pada: November 22, 2021 @ 6:00am
d