Asia

Tsunami melanda pantai Tonga

Oleh AFP

Nuku'alofa: Ombak besar melanda pantai di Tonga susulan letupan gunung berapi di beberapa negara jirannya menyebabkan tsunami kedua di kawasan itu dalam tempoh beberapa hari.

'Tsunami setinggi 1.2 meter (m) dilihat di Nukualofa," kata Biro Meteorologi Australia, menerusi Twitter.

Gelombang maksimum tsunami susulan letusan gunung berapi, pada Jumaat lalu, adalah 30 sentimeter.

Letusan terbaharu di Gunung Berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai berlaku beberapa jam selepas amaran tsunami pertama pada Jumaat, ditarik balik.

Letusan selama kira-kira lapan minit itu menyebabkan asap dan debu tebal berterbangan meliputi jarak beberapa kilometer..

Susulan itu, penduduk di kawasan rendah diarah berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Letusan terbaharu itu amat kuat sehingga dapat didengar di Fiji, yang terletak kira-kira 800 kilometer dari lokasi, menurut pegawai pihak berkuasa di Suva.

Dalam pada itu, Ketua Perkhidmatan Geologi Tonga, Taaniela Kula mengarahkan orang ramai supaya berada di dalam rumah dan memakai pelitup muka jika berada di luar bangunan.

Gunung Berapi Gunung Berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai terletak di pulau tidak berpenghuni, kira-kira 65 kilometer di utara ibu negara Tonga, Nuku'alofa.

Disiarkan pada: January 15, 2022 @ 5:20pm
d