Asia

Atlet Tonga harap bapa selamat

Oleh AFP

Sydney: Pembawa bendera Tonga ketika Sukan Olimpik, Pita Taufatofua berharap bapanya selamat selepas gagal dihubungi, akibat tsunami dahsyat.

Negara kepulauan pasifik itu musnah selepas letusan gunung berapi dasar laut dan tsunami, pada hujung minggu lalu.

Komunikasi di Tonga juga lumpuh sejak kabel dasar laut negara pulau itu rosak akibat bencana itu.

Bercakap kepada AFP dari Brisbane, Australia, atlet taekwondo berkenaan berkata, bapanya ke pulau utama Tonga, Tongatapu, beberapa hari sebelum kejadian letupan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai.

"Dia baru sahaja dilantik sebagai gabenor Ha'Apai, jadi dia perlu kembali ke Tongatapu untuk pembukaan parlimen.

"Asap tebal dari gunung berapi menghalang kepulangan bapa saya ke Ha'Apai dan dia sedang menyelamatkan rumah tepian air keluarga di Tongatapu apabila tsunami melanda.

"Saya berharap dan mendoakan ayah saya sihat," katanya.

Taufatofua, meraih perhatian dunia pada pembukaan Olimpik Rio pada 2016, ketika membawa bendera Tonga.

Disiarkan pada: January 19, 2022 @ 9:41am
d