Asia

Salji tebal ganggu operasi pengangkutan di Hokkaido

Oleh BERNAMA

Tokyo: Angin kencang dan salji tebal melanda wilayah Hokkaido Jepun, mengakibatkan 683 perkhidmatan kereta api, serta 136 penerbangan dibatalkan, lapor Sputnik.

Penerbangan yang dijadual berlepas dan tiba di Lapangan Terbang New Chitose turut dibatalkan termasuk penerbangan tempatan, lapor NHK pada Isnin.

Sementara itu, salji setebal sembilan inci menyeliputi kepulauan itu dalam tempoh tiga jam, dan beberapa kawasan termasuk di Sapporo, diselaputi salji setebal 38 inci.

Dalam tempoh 24 jam akan datang, wilayah utara dan timur laut Jepun dijangka dilanda salji setebal 19-27 inci.

Disiarkan pada: February 21, 2022 @ 6:27pm
d