Asia

Restoran Jumbo ditenggelamkan

Oleh Agensi

Hong Kong: Restoran Jumbo, sebuah restoran terapung mewah terkenal di negara itu ditenggelamkan Laut China Selatan, pada Isnin.

Pemiliknya Aberdeen Restaurant Enterprises terpaksa 'merelakan' apa yang berlaku susulan masalah kewangan.

Sebelum ini, Restoran Jumbo menjadi lokasi tumpuan pelancong di Hong Kong sebelum Covid-19 selepas dibuka lebih 50 tahun lalu.

Restoran Jumbo ditenggelamkan di Kepulauan Paracel selepas keadaan strukturnya semakin buruk dengan air mula masuk ke dalam restoran.

"Kedalaman air di lokasi restoran berkenaan lebih dari 1,000 meter menyebabkan ia sukar untuk diselamatkan," kata syarikat itu.

Syarikat itu memaklumkan, keputusan itu sukar untuk diambil namun mereka tiada pilihan memandangkan restoran tidak mendatangkan keuntungan.

Restoran Jumbo ditutup pada Mac 2020 selain sudah mengalami kerugian sejak 10 tahun lalu.

Syarikat pengurusan, Melco International Development bulan lalu memaklumkan, perniagaan itu tidak menguntungkan sejak 2013 dengan kerugian 100 juta dolar Hong Kong (kira-kira RM56 juta).

Selain itu, pemiliknya menghabiskan berjuta dolar Hong Kong untuk membaiki kerosakan sejak beberapa tahun lalu.

Berbelas syarikat sudah ditawarkan untuk mengambil alih namun tawaran itu tidak mendapat sambutan.

Bulan lalu, Restoran Jumbo mengumumkan akan meninggalkan Hong Kong dan menunggu operator baru di lokasi yang dirahsiakan.

Disiarkan pada: June 22, 2022 @ 7:00am
d