Asia

Monyet bunuh bayi

Oleh Agensi

Dodoma: Sekumpulan monyet liar menyerang seorang wanita dan melarikan bayinya di Tanzania, pada Rabu.

Lebih menyayat hati, bayi malang itu kemudiannya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

Bayi lelaki berusia setahun itu berada dalam dakapan ibunya ketika haiwan itu menyerang masuk ke dalam rumah.

Rumah mangsa terletak sebuah perkampungan di Mwamgongo yang terletak di Taman Negara Gambe.

Namun monyet yang menyerang mangsa belum dikenal pasti pihak berkuasa hidupan liar negara itu.

Komandan Wilayah Kigoma, James Manyama berkata, bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia selepas sekumpulan penduduk berusaha mencarinya.

"Ibu bayi itu menjerit meminta pertolongan sebelum sekumpulan penduduk bergegas ke rumahnya.

"Monyet itu memang agresif dan bayi terbabit maut kerana mengalami kecederaan di kepala dan leher," katanya.

Polis juga mengingatkan penduduk agar lebih berwaspada khususnya mereka yang tinggal berhampiran taman negara.

Kejadian serangan haiwan liar sering terjadi di taman negara itu antaranya gajah yang merosakkan tanaman sehingga meragut nyawa beberapa penduduk.

Disiarkan pada: June 24, 2022 @ 7:00am
d