Asia

Arab Saudi rayakan Aidiladha pada 9 Julai

Oleh Agensi

Riyadh: Arab Saudi mengumumkan sambutan Aidiladha di negara itu, selama lima bermula 9 Julai.

Arab News melaporkan, ibadah haji akan bermula pada hari ketujuh Zulhijjah (6 Julai), dan berakhir pada hari ke-11 bulan itu (10 Julai).

Hari Arafah jatuh pada hari kesembilan Zulhijjah iaitu Jumaat (8 Julai).

Khemah jemaah haji di Arafat, serta penginapan di Mina dan Muzdalifah diperiksa dan bersedia sepenuhnya untuk menerima tetamu Allah untuk Haji, kata pihak berkuasa.

Pada 4 Jun, Arab Saudi mengalu-alukan jemaah asing pertama yang tiba di negara itu untuk menunaikan haji sejak permulaan wabak Covid-19 pada awal 2020.

Disiarkan pada: June 30, 2022 @ 12:19pm
d