Asia

Presiden Singapura positif Covid-19

Oleh AFP

Singapura: Halimah Yacob disahkan positif Covid-19 dengan mengalami gejala ringan.

"Baru saja didapati positif Covid-19 dengan mengalami simptom ringan seperti selesema," tulis Halimah dalam hantaran terkininya di Facebook.

"Saya bersyukur baik kerana sudah lengkap mendapatkan vaksin dan dos penggalak. Harap dapat sembuh segera dan mohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis minggu ini.

Singapura sudah membuka sempadannya dan menarik balik larangan berkaitan Covid-19 selepas kes turun dan kebanyakan penduduk sudah mendapatkan vaksin namun orang ramai masih diminta memakai pelitup muka.

Bagaimanapun, kes Covid-19 mula meningkat dengan 6,000 jangkitan baharu pada Isnin.

Selain Halimah, dua lagi iaitu speaker parlimen Tan Chuan-Jin dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong turut dijangkiti Covid-19.

Disiarkan pada: July 5, 2022 @ 8:44am
d