Asia

Mas kahwin RM14.5 juta

Oleh Agensi

Kuwait City: Seorang pengantin lelaki Kuwait menawarkan pengantin perempuannya, mas kahwin AS$3.2 juta (RM14.5 juta), menjadikan antara yang tertinggi dicatatkan dalam sejarah negara itu, lapor media tempatan.

Portal Gulf News memetik laporan akhbar Al Rai, pengantin lelaki memberi pasangannya cek bank untuk satu juta dinar Kuwait.

Akhbar itu memetik pihak berkuasa mengatakan, nilai mas kahwin di Kuwait antara KD1 dan 250,000 mengikut status sosial pengantin lelaki atau keinginannya untuk mendaftarkan mas kahwin dalam akad nikah atau tidak.

Tahun lalu, Kuwait mencatatkan gabungan kadar perkahwinan dan perceraian tertinggi dengan kadar perkahwinan meningkat 28.9 peratus dan kadar perceraian 13.7 peratus, antara tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Disiarkan pada: November 16, 2022 @ 10:33am
d