Asia

Budak terjatuh dalam telaga sedalam 122 meter

Oleh Agensi

New Delhi: Pihak berkuasa dan penduduk sebuah kampung di India masih bertungkus lumus menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam lubang telaga sedalam 122 meter (m).

Insiden itu berlaku di Kampung Mandavi, Betul, Madhya Pradesh, kira-kira 5 petang, semalam.

Polis dari Balai Polis Aathner, Anil Soni berkata, kanak-kanak itu, dikenal pasti sebagai Tanmay Diyawar yang berusia lapan tahun.

Katanya, kanak-kanak lelaki itu dilaporkan sedang bermain di sebuah padang, sebelum terjatuh dalam sebuah lubang telaga yang digali penduduk, baru-baru ini.

"Pihak berkuasa melancarkan misi menyelamat dengan menggunakan jengkaut yang dibawa masuk khusus untuk menggali kawasan itu.

"Pada masa sama, ketetapan dibuat dalam membantu membekalkan oksigen kepada kanak-kanak itu bagi memastikan dia dapat bertahan sementara kita masih giat berusaha membawanya keluar," katanya.

Soni berkata, kanak-kanak itu dipercayai terperangkap pada kedalaman 18.3 m.

Disiarkan pada: December 7, 2022 @ 3:46pm
d