Asia

Ramadan 2023: Lokasi tempoh berpuasa paling lama

Oleh Agensi

Riyadh: Lebih satu bilion umat Islam mula berpuasa Ramadan yang bermula sama ada Khamis atau Jumaat lalu.

Menurut Al Arabiya News, tempoh berpuasa tahun ini adalah antara 10 hingga 18 jam bergantung kepada lokasi geografi.

Perbezaan tempoh waktu berpuasa disebabkan variasi dari segi tempoh siang dan malam berdasarkan kecondongan bumi dan kedudukan antara bumi dan matahari.

Di negara yang terletak berhampiran Garis Khatulistiwa, tempoh puasa lebih singkat dan semakin jauh negara dari garis ini, maka semakin lama tempoh umat Islam berpuasa.

Secara purata, tempoh puasa adalah antara 14 hingga 15 jam. Di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar, umat Islam di negara ini akan berpuasa kira-kira 14 jam sehari.

Berikut adalah negara dengan tempoh puasa Ramadan paling panjang dan paling pendek untuk 2023:

TEMPOH PUASA PALING LAMA

1. Nuuk, Greenland: 18 jam

2. Reykjavik, Iceland: 18 jam

3. Helsinki, Finland: 17 jam

4. Glasgow, Scotland: 17 jam

5. Ottawa, Kanada: 17 jam

6. London, United Kingdom: 16-17 jam

7. Paris, Perancis: 16-17 jam

8. Zurich, Switzerland: 15 jam

9. Rom, Itali: 15 jam

10. Madrid, Sepanyol: 15 jam

TEMPOH PUASA PALING PENDEK

1. Christchurch, New Zealand : 12 jam

2. Puerto Montt, Chile: 12 jam

3. Buenos Aires, Argentina: 12 jam

4. Jakarta, Indonesia: 13 jam

5. Nairobi, Kenya: 13 jam

6. Karachi, Pakistan: 13-14 jam

7. New Delhi, India: 13-14 jam

*Kuala Lumpur, Malaysia - 13 jam

Disiarkan pada: March 26, 2023 @ 3:08pm
d