Asia

Situasi di Gaza masih tegang [METROTV]

Oleh AFP

Gaza: Pertempuran berterusan antara tentera Israel dan pejuang Palestin di Gaza, ketika Mesir berusaha menamatkan pertempuran itu.

Ia sudah mengorbankan puluhan penduduk.

Pihak antarabangsa menyeru supaya keadaan reda dengan Kesatuan Eropah (EU) mendesak gencatan senjata segera dilakukan.

Israel sebelum ini mengumumkan serangan yang menyasarkan pejuang Jihad Islam di Gaza, kawasan berpenduduk padat dikuasai kumpulan Hamas.

Siren amaran kebakaran turut kedengaran di kawasan Israel yang berhampiran sempadan Semenanjung Gaza dan Baitulmaqdis di Tebing Barat.

Keganasan tercetus apabila Israel membunuh tiga anggota tertinggi kumpulan pejuang Jihad Islam dan berlaku lagi serangan yang mengorbankan tiga lagi pemimpin kanannya.

Seorang jurucakap Israel berkata, seorang komander, Iyad al-Hassani terbunuh dalam serangan di sebuah pangsapuri di Gaza pada Jumaat, selepas pihaknya melancarkan tembakan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan dan pencerobohan berterusan.

Serangan itu susulan kejadian seorang orang awam terbunuh di bandar Rehovot di Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin pula, sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin maut termasuk tentera dan kanak-kanak.

Kehidupan harian di wilayah Gaza kini sebahagian besarnya terhenti, manakala Israel menggesa rakyatnya yang berhampiran dengan Gaza untuk berada berhampiran dengan tempat perlindungan bom.

Peningkatan serangan minggu ini adalah yang paling teruk sejak Ogos yang pada masa itu menyaksikan 49 penduduk Gaza terbunuh dalam pertempuran tiga hari antara tentera Palestin dan Israel.

Konflik itu menyusuli beberapa peperangan yang berlaku antara Israel dan Hamas sejak kumpulan itu menguasai Gaza pada 2007.

Disiarkan pada: May 13, 2023 @ 11:39am
d