Asia

Padah kisar anak monyet

Oleh Agensi

Jakarta: Padah mendera anak monyet sebanyak 14 kali sejak 2021, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

Hakim Mahkamah Daerah Tasikmalaya, Abdul Gafur Bungin memutuskan Asep Yadi Nurul Hikmah menjalani hukuman itu dengan denda 5 juta rupiah (RM1,549.19).

Asep Yadi yang ditahan pada 2022 dilaporkan berkata, dia membeli anak monyet itu daripada individu tidak dikenali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Asep Yadi memandikan anak monyet itu dengan lumpur sawah padi pada 2021.

Aksi itu kemudian dirakam melalui telefon bimbitnya kira-kira dua minit.

Asep Yadi sekali lagi mendera monyet itu dengan mengikat tangan haiwan itu sebelum menggantungnya di atas sungai serta sempat merakam perbuatannya itu.

Dia juga pernah memasukkan anak monyet itu dalam balang yang mengandungi empat ekor ketam.

"Kemudian balang itu ditutup supaya anak monyet itu disepit ketam.

"Kejadian itu dirakam menerusi telefon bimbitnya dengan tempoh dua minit," berdasarkan dokumen keputusan mahkamah seperti dilaporkan Detik.com.

Asep Yadi turut mengisar monyet itu dengan pengisar hingga cedera.

Kes perbicaraan lelaki itu bermula sejak 2022 dan mendapat perhatian dunia selepas ia tular di saluran YouTube.

Difahamkan, Asep Yadi merakamkan aksi mendera anak monyet itu demi kandungan yang dijual di pasaran web gelap.

Disiarkan pada: May 26, 2023 @ 2:56pm
d