Asia

1.2 tan dadah dirampas di Songkhla, mungkin untuk diseludup ke Malaysia

Oleh BERNAMA

Songkhla: Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) berjaya merampas 1.2 tan methamphetamine bernilai 120 juta baht di Songkhla, selatan Thailand, semalam.

Setiausaha Agung Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) Wichai Chaimongkol berkata, dadah itu dirampas di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan.

Selain itu, beliau berkata, sebahagian dadah juga ditemukan dalam dua pikap yang dipakir di pekarangan rumah.

"Ini rampasan terbesar pada tahun ini. Siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai akan diseludup ke Malaysia," katanya.

Beliau menambah ketibaan pasukan ONCB disedari sindiket itu dan mereka berjaya meloloskan diri.

"Kami berjaya merampas dua buah kereta dan sebuah motosikal," katanya.

Disiarkan pada: May 27, 2023 @ 7:58am
d