Asia

Hidup model berakhir kerana anoreksia

Oleh Agensi

Tel Aviv: Bekas model Israel, Karin Bauman meninggal dunia selepas bertarung dengan anoreksia selama 13 tahun.

Media melaporkan Karin Bauman, 35, meninggal dunia di Hospital Ichilov di sini, pada Selasa lalu.

Dia sebelum itu menerima rawatan rapi selepas keadaannya bertambah teruk akibat jangkitan radang paru-paru.

Karin yang mula mengalami keadaan itu pada usia 22 tahun menghabiskan sebahagian besar hidupnya di hospital.

Penyampai televisyen Ortal Amar yang mengenali Karin menzahirkan pemergian wanita yang disifatkannya itu sebagai seorang yang pintar.

Katanya, keadaan terakhir Karin sangat membimbangkan dengan berat hanya 23 kilogram serta bergantung dengan ventilator.

Pada tahun 2022, Karin memberitahu ibunya, dia bosan dan berputus asa dengan keadaan komplikasinya akibat anoreksia.

"Saya akhirnya membuat keputusan untuk berhenti berusaha melawan penyakit ini.

"Saya tidak boleh melawan lagi.

"Saya sudah cukup mengalami kesukaran dalam hidup tetapi saya masih mengalami perjalanan sukar dan mengalami tekanan emosi," katanya dalam surat yang ditulis kepada ibunya.

Karin berasal dari keluarga popular dalam dunia fesyen dan peragaan.

Dia mempunyai empat kakak Orly, Rene, Anna dan Natalie serta seorang abang Stephen.

Semua mereka terbabit dalam kerjaya peragawan.

Disiarkan pada: May 27, 2023 @ 12:43pm
d