Asia

Korea Utara bina kapal selam serangan nuklear taktikal

Oleh AFP

Seoul: Korea Utara hari ini mengumumkan pembinaan kapal selam bagi serangan nuklear taktikal sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan pasukan tentera lautnya.

Menurut agensi berita KCNA, Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menghadiri majlis pelancaran kapal selam itu, Rabu lalu.

Pelancaran kapal selam No 841, yang dinamakan Hero Kim Kun Ok sebagai permulaan lembaran baharu memperkukuh angkatan Tentera Laut Korea Utara.

Kim dilaporkan berkata, kapal selam baharu itu adalah sebahagian daripada langkah ke hadapan dengan senjata nuklear tentera lautnya, pada masa hadapan.

Semalam, Kim meluangkan masa memeriksa kapal selam itu sebelum menjalani ujian pelayaran.

Korea Utara menjalankan sejumlah ujian senjata tahun ini. Pada bulan lalu, negara itu gagal dalam percubaan keduanya untuk meletakkan satelit pengintip ke orbit.

Seoul dan Washington pula semakin meningkatkan kerjasama pertahanan sebagai tindak balas termasuk mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan jet canggih dan aset strategik Amerika Syarikat (AS).

Menurut Inisiatif Ancaman Nuklear yang berpangkalan di AS, Korea Utara dianggarkan mempunyai antara 64 dan 86 kapal selam, salah satu armada kapal selam tentera terbesar di dunia.

Bagaimanapun, pakar meragui keupayaan operasi semua kapal itu melihatkan kepada faktor usianya.

Berita berkaitan: Korea Selatan kecam ujian kapal selam nuklear 'sia-sia' Korea Utara

Disiarkan pada: September 8, 2023 @ 10:40am
d