Asia

Mohammad Mustafa dilantik Perdana Menteri Palestin baharu

Oleh Bernama-Anadolu

Ramallah (Palestin): Presiden Palestin Mahmoud Abbas melantik Mohammad Mustafa sebagai Perdana Menteri pada Khamis dan menugaskan beliau untuk membentuk kerajaan baharu.

Pengumuman itu dibuat berdasarkan dekri presiden, lapor Agensi Anadolu.

Mustafa akan menggantikan Mohammad Shtayyeh, yang meletak jawatan pada Februari lalu sebagai respons kepada perkembangan berkaitan konflik Israel di Gaza.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Mustafa kini berkhidmat sebagai Pengerusi Dana Pelaburan Palestin (PIF), penasihat ekonomi kanan kepada Abbas dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Disiarkan pada: March 15, 2024 @ 11:54am
d