Eropah

Isu kartun: Badan PBB bimbang

Oleh AFP

New York: Ketua sebuah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang dengan ketegangan susulan isu karikatur yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Sehubungan itu, Miguel Angel Moratinos yang mengetuai Perikatan Tamadun PBB menggesa persefahaman antara semua pelbagai pihak daripada pelbagai pandangan politik dan kepercayaan.

Kenyataan itu susulan protes dan kempen memboikot produk Perancis yang tercetus di negara Islam, selepas Perancis mempertahankan penyiaran kartun yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW, atas alasan kebebasan bersuara.

Kenyataan itu buat Presiden Perancis Emmaneul Macron susulan kes seorang guru sekolah negara itu dibunuh selepas lelaki berkenaan menunjukkan kartun yang didakwa Nabi Muhammad SAW.

Antara lain kenyataan Perikatan Tamadun PBB itu menyebut bahawa "wakil tertinggi PBB bimbang dengan protes yang tercetus akibat sikap tidak bertoleransi oleh sebuah penerbitan berhubung kartun satira yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW".

"Karikatur itu menyebabkan kejadian keganasan terhadap orang awam yang tidak berdosa yang diserang kerana latar belakang agama, kepercayaan dan etnik mereka," kata Moratinos, tanpa merujuk secara khusus kepada tindakan Macron mempertahankan penyiaran kartun berkenaan.

Beliau turut memberi amaran bahawa menghina agama dan simbol agama adalah provokasi terhadap kebencian dan keganasan melampau yang hanya akan memecah-belahkan masyarakat.

Disiarkan pada: October 29, 2020 @ 1:26pm
d