Eropah

Remaja sorok bayi dalam peti sejuk

Oleh Agensi

Moscow: Seorang gadis berusia 14 tahun Novosibirsk, selatan Rusia bertindak menyembunyikan bayi dilahirkannya di dalam peti sejuk kerana bimbang diketahui kedua ibu bapanya.

Dia dilaporkan bersalin seorang diri sebelum membungkus bayi malang itu dengan plastik dan menyimpannya di situ.

Daily Mirror melaporkan bayi itu bagaimanapun tidak dapat diselamatkan pasukan perubatan.

Ketika kejadian, bapa Anastasia berada sedang bekerja di ladang.

Kejadian itu disedari ibunya yang mendengar anaknya merintih kesakitan dan menghubungi ambulans.

Anastasia melahirkan anaknya bersendirian tanpa dibantu sesiapa dan mengalami pendarahan yang banyak.

"Dia mendengar anaknya meraung sakit, dan menyangka mengalami sakit perut," kata pegawai penyiasat Nadezhda Boltenko.

Ketika berada di ambulans, remaja itu mengakui sudah menyembunyikan bayi itu di dalam peti sejuk kerana takut akan ibu bapanya.

Sebelum kejadian, jiran pernah bertanyakan kepada ibu Anastasia sama ada remaja itu hamil.

namun ibunya menjelaskan berat badannya sudah bertambah.

Media tempatan melaporkan, bapa kepada bayi itu adalah seorang remaja berusia 16 tahun, namun hubungan mereka putus, baru-baru ini.

Disiarkan pada: October 29, 2020 @ 3:51pm
d