Eropah

Jururawat bunuh lapan bayi

Oleh AFP

London: Seorang jururawat di United Kingdom (UK) bakal didakwa atas lapan pertuduhan membunuh bayi di sebuah hospital di sini.

Selain itu, suspek, Lucy Letby, 30, akan didakwa atas 10 pertuduhan lain membabitkan cubaan membunuh bayi.

Polis Cheshire berkata, suspek terbabit ditahan pada Selasa dan akan didakwa selepas memperoleh izin pihak pendakwaan.

Pertuduhan membabitkan kes kematian dan kecederaan bayi di unit neonatal Hospital Countess of Chester, antara Jun 2015 dan Jun 2016.

Ketika ini, Letby masih dalam tahanan sebelum bakal dihadapkan di depan majistret di Warrington, pada Khamis.

Suspek berkenaan sebelum ini pernah ditahan pada 2018 dan 2019, tetapi dibebaskan tanpa didakwa.

Disiarkan pada: November 12, 2020 @ 8:57am
d