Eropah

Jumlah kelahiran di Itali terus merudum

Oleh AFP

Rome: Krisis Covid-19 yang melanda Itali menyebabkan jumlah kelahiran terus merudum.

Agensi statistik Itali, Istat mendedahkan, tahun lalu Itali merekodkan jumlah kelahiran terendah dalam tempoh 150 tahun pada kadar 420,000 bayi namun, ia dijangka merosot ke angka 408,000 hujung tahun ini dan 393,000 pada 2021.

Angka berkenaan dibentangkan oleh Ketua Istat, Gian Carlo Blangiardo kepada ahli parlimen baru-baru ini.

"Isu ketakutan dan ketidak tentuan selain masalah kewangan menjejaskan tahap kesuburan pasangan Itali.

"Kemelesetan demografi yang melanda Itali sejak 2015 sangat ketara dan diterjemahkan menjadi keruntuhan sebenar yang tidak setara dalam sejarah Itali, kecuali jika kita kembali ke tahun 1917-18, dengan Perang Dunia I dan kesan dramatik dari selesema Sepanyol," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 25, 2020 @ 9:32pm
    d