Eropah

Kenal pasti ular sawa paling awal di dunia

Oleh Agensi

Berlin: Saintis Jerman mengenal pasti ular sawa paling awal di dunia daripada fosil berusia 47 juta tahun yang ditemui dari sebuah kuari di barat daya Jerman.

Spesies python baru dikenal pasti Messelopython Freyi ditemui di Messel Pit, Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) berhampiran bandar Darmstadt di Jerman.

Portal WhatsNew2Day melaporkan penyelidik melaporkan dalam jurnal terbaru mereka penemuan itu 'terpelihara' dengan panjangnya lebih satu meter.

Messelopython Freyi, kedua-dua spesies baru itu adalah catatan fosil ular sawa tertua yang diketahui di dunia, kata penyelidik.

Messel Pit hampir berubah menjadi tapak pelupusan sampah pada tahun 1991 sebelum diselamatkan dan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada Disember 1995 kerana relevan dengan geologinya.

"Asal geografi ular sawa masih belum jelas," kata penulis kajian Dr Krister Smith dari Institut Penyelidikan Senckenberg dan Muzium Sejarah Alam di Frankfurt.

Oleh itu, penemuan spesies ular sawa baru di Messel Pit adalah langkah maju dalam memahami sejarah evolusi ular.

Dengan panjang lebih enam meter, ular sawa itu antara ular terbesar di dunia.

Tetapi Messelopython freyi menandakan satu titik dalam sejarah ketika ular sawa juga hidup dalam pelbagai jenis ular di Eropah.

"Analisis kami menelusuri sejarah evolusi mereka ke Eropah," kata penulis bersama kajian Dr Hussam Zaher dari University of Sao Paulo, Brazil.

Disiarkan pada: December 22, 2020 @ 7:01am
d