Eropah

Kad besbol RM21 juta termahal dalam sejarah

Oleh AFP

New York: Sekeping kad besbol tahun 1952 dijual pada harga AS$5.2 juta (RM21 juta) dalam satu lelongan di PWCC Marketplace semalam.

Penjualan itu menjadikan kad besbol yang menampilkan pemain lagenda New York Yankees, Mickey Mantle itu paling mahal dijual dalam sejarah.

Kad besbol itu dibeli oleh aktor dan usahawan, Rob Gough.

Ogos lalu, satu lagi kad besbol yang memaparkan pemain Los Angeles Angels, Mike Trout dijual pada harga AS$3.93 juta (RM16 juta).

Pengarah Pemasaran PWCC Marketplace, Chris Callahan berkata, 'industri penjualan kad besbol' ketika ini semakin rancak.

Katanya, harga purata bagi sekeping kad meningkat 'dua hingga tiga kali ganda' dalam tempoh beberapa tahun lalu.

"Bukan hanya besbol, kad yang menampilkan pemain bola keranjang juga semakin mendapat tempat ketika ini," katanya.

Disiarkan pada: January 16, 2021 @ 10:16am
d