Eropah

Covid-19 varian UK sudah merebak di 60 negara

Oleh AFP

Geneva: Covid-19 varian United Kingdom (UK) kini dikesan di sekurang-kurangnya 60 negara, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, hari ini.

Dengan jumlah kematian akibat wabak itu yang melepasi dua juta, negara di seluruh dunia kini bergelut mencari jalan untuk mengurangkan jangkitan sehingga vaksin tersedia secara meluas.

WHO juga memaklumkan bahawa varian Afrika Selatan, yang menyerupai varian UK kerana cepat tersebar, sudah dikesan di 23 negara dan wilayah.

Laporan turut menyebut jumlah kematian meningkat kepada 93,000 kes dalam tujuh hari, dengan 4.7 juta kes jangkitan baharu bagi tempoh sama.

Varian UK mula-mula dikesan pada pertengahan Disember lalu dan WHO mendapati ia antara 50 ke 70 peratus lebih cepat merebak berbanding virus asal.

Walaupun mudah menjangkiti, dua varian itu dianggap lebih senang mati, malah Pfizer dan rakan kongsi BioNTech berkata, vaksin buatan mereka berkesan terhadap mutasi yang dijumpai dalam varian UK atau dikenali B117.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 20, 2021 @ 3:11pm
    d