Eropah

Strain baharu Covid-19 dikesan di UK, 10 negara lain

Oleh Agensi

Moscow: Satu lagi varian Covid-19 (B.1.525) dikesan di United Kingdom (UK) serta sepuluh negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut penyelidik University of Edinburgh dalam satu laporan pada semalam, strain baharu itu ditemukan melalui pengesanan genom di 11 negara termasuk Nigeria, Denmark, Perancis, Belgium, Sepanyol, Kanada, Australia, Ghana dan Jordan.

Denmark mencatatkan jumlah kes tertinggi B.1.525 sebanyak 35 kes, diikuti UK (33 kes), Nigeria (12 kes) dan AS (10 kes), manakala Perancis setakat ini melaporkan lima kes.

Rantaian terawal strain baharu Covid-19 itu dikesan pada Disember 2020 dengan kes pertama muncul di UK dan Nigeria.

Varian baharu itu dilihat menyamai jenis Afrika Selatan dan Brazil dan lebih berdaya tahan terhadap antibodi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 16, 2021 @ 1:16pm
    d