Eropah

Pembunuh dibantu isteri

Oleh Agensi

Paris: Seorang pembunuh bersiri yang taasub dengan gadis perawan dipercayai merogol dan membunuh 32 gadis muda dalam tempoh 20 tahun dengan bantuan isterinya.

Portal Daily Star melaporkan Michel Fourniret, 78, mengaku membunuh 12 orang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita muda antara 1987 hingga 2003.

Dia dilaporkan dibantu oleh isteri ketiganya, Monique Olivier yang menulis surat kepadanya ketika berada di penjara pada 1980-an dan berjanji akan membantunya mencari perawan untuk memuaskan nafsunya.

Fourniret turut mengaku terbabit dengan kehilangan Estelle Mouzin yang berusia sembilan tahun pada 2020 termasuk bertanggungjawab atas kematian Lydie Logé yang hilang dari Saint-Christophe-le-Jajolet di Normandy.

Ketika polis menemui pembunuh bersiri itu dengan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dari sebuah tilam yang terdapat di dalam vannya.

Disiarkan pada: February 17, 2021 @ 7:03am
d