Eropah

Pesakit Covid-19 maut, hospital terbakar akibat letupan gas

Oleh AFP

Kiev: Kebakaran yang berpunca akibat letupan saluran paip gas di sebuah hospital di Ukraine, semalam, mengorbankan seorang pesakit Covid-19 dan mencederakan yang lain dalam tragedi kedua dalam tempoh sebulan.

Insiden meragut nyawa akibat kebakaran di negara bekas Soviet ini memang kerap berlaku berikutan pematuhan terhadap peraturan keselamatan dan infrastruktur yang sudah usang.

Kebakaran di hospital lima tingkat di bandar barat daya Chernivtsi itu disebabkan letupan di bangsal di tingkat pertama hospital berkenaan, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan negara itu.

"Saluran paip oksigen meletup dan terbakar, membunuh seorang (pesakit) dan mencederakan yang lain," katanya.

Dua puluh pesakit dipindahkan sebelum api dipadamkan 15 minit selepas letupan, tambahnya.

Gambar wad menunjukkan katil, kerusi dan cadar yang terbakar kelihatan berselerakan di lantai.

Datuk Bandar Chernivtsi, Roman Klichuk berkata, kebakaran itu berlaku di wad yang menempatkan pesakit yang dijangkiti Covid-19 dirawat.

Beliau berkata, pesakit yang melecur teruk ketika dalam rawatan intensif akan dirawat sebaik mungkin untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Awal bulan ini, empat pesakit mati di bandar barat daya Zaporizhzhya apabila kebakaran meletus di unit rawatan intensif sebuah hospital yang merawat pesakit Covid-19.

Pada Januari, 16 terbunuh dalam kebakaran di rumah jagaan haram di bandar Kharkiv di timur negara itu.

Disiarkan pada: February 28, 2021 @ 12:31pm
d