Eropah

Potong zakar khayal ganja

Oleh Agensi

Frankfurt: Akibat terlampau khayal selepas menghisap ganja, seorang lelaki di Mainz, Jerman bertindak memotong alat kelaminnya.

Susulan kejadian, lelaki itu terpaksa menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Pihak polis dan perubatan kemudian bergegas ke rumah lelaki berusia 47 tahun untuk tindakan lanjut.

Dia menerima rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan, lapor portal The Sun.

Ketika pemeriksaan lanjut di apartmen mangsa, polis menemui alat kelamin lelaki itu yang sudah terpotong.

Selain itu, polis turut menemui sejumlah dadah dipercayai ganja yang dihisap lelaki terbabit.

Dalam pada itu, jurucakap polis Mainz mengesahkan kepada media tempatan bahawa lelaki itu menggunakan pisau lipat untuk memotong alat kelaminnya.

"Keadaan itu berlaku ketika lelaki berkenaan khayal di bawah pengaruh ganja.

"Bagaimanapun, dia dipercayai menghubungi perkhidmatan kecemasan, selepas kejadian," katanya.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung keadaan terkini lelaki terbabit. - Agensi

Selain itu, tidak diketahui sama doktor berjaya menyambung semula alat kelamin lelaki terbabit atau sebaliknya.

Disiarkan pada: March 2, 2021 @ 6:40am
d