Eropah

Kes Covid-19 meningkat, Iceland kembali kenakan sekatan

Oleh AFP

Reykjavik: Iceland, salah satu negara pertama di dunia yang menarik semua larangan untuk kemasukan pelancong yang selesai diberi dua dos vaksin, kembali mengenakan sekatan berikutan jangkitan baharu Covid-19 kembali menular.

Pada akhir Jun, Iceland menarik kembali peraturan mengenai penjarakan sosial, pemakaian topeng, had perjumpaan awam dan waktu buka bar dan restoran selepas memulakan sekatan pada Mac tahun lalu.

Bermula dari tengah malam pada hari Ahad esok hingga 13 Ogos depan, perhimpunan awam terhad kepada 200 orang, peraturan jarak sosial satu meter akan dilaksanakan semula dan bar dan restoran harus ditutup pada 11 malam.

Kolam renang dan kemudahan sukan dalaman hanya boleh beroperasi dengan kapasiti 75 peratus dan topeng wajib di dalam bangunan.

Walaupun lebih daripada 85 peratus populasi usia 16 tahun ke atas sudah menerima dua dos vaksin, Iceland menyaksikan jangkitan baharu meningkat dengan 355 kes baru sejak 12 Julai.

Sebilangan besar kes disebabkan oleh varian Delta, yang pertama kali dikesan di India.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 24, 2021 @ 12:42pm
    d