Eropah

Lebih 100 dijangkiti Covid-19 selepas hadiri pesta seks di Sweden

Oleh Agensi

Stockholm: Lebih 100 peserta pesta seks diadakan di Molkom di wilayah Varmland dijangkiti Covid-19.

The Sun melaporkan polis kini sedang menyiasat sama ada penganjur festival itu menyebabkan peserta berada dalam keadaan risiko dijangkiti wabak membunuh itu.

Polis dihubungi oleh penduduk tempatan yang marah dan bimbang berhubung festival itu yang berbahaya kepada orang lain.

Penganjur sudah mengemukakan permohonan maaf kepada penduduk tempatan.

Difahamkan kira-kira 30 hingga 40 individu sedang menjalani kuarantin kendiri manakala ada beberapa lagi dimasukkan ke hospital.

Ia berikutan kes Covid-19 di negara itu mula meningkat dengan jangkitan varian Delta.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda atau dipenjara selama dua tahun.

Pada penghujung Julai, Sweden sudah mengurangkan sekatan namun kerajaan tetap mendesak penduduk supaya mematuhi penjarakan sosial.

Selain itu, Norway yang bersempadan dengan Varmland turut mengambil langkah berjaga-jaga apabila menutup pintu sempadan dengan tidak membenarkan sebarang aktiviti keluar dan masuk dari wilayah tersebut.

Disiarkan pada: August 22, 2021 @ 1:34pm
d