Eropah

Anak jatuh dari tingkat 10 ketika buat 'live'

Oleh Agensi

Bucharest: Disebabkan leka dengan penstriman langsung di Facebook (FB), seorang wanita Romania tidak menyedari anak kembarnya jatuh dari tingkat 10 rumah mereka.

Kembar lelaki dan perempuan itu yang baru menyambut ulang tahun kelahiran kedua, Julai lalu disahkan meninggal dunia serta-merta.

Moise Cristian Petrice dan Beatrice-Erica Petrice tinggal bersama ibu mereka, Andreea Violeta Petrice di Ploiești, Prohava iaitu 56 kilometer (km) dari Bucharest.

Ketika kejadian, Andreea dilapor meminta rakannya, Alina untuk menjaga kembar itu sementara dia sibuk dengan penstriman langsung FB dan tidak mengetahui apa yang berlaku.

Dalam penstriman itu turut kedengaran bunyi siren ambulans dan Andreea dikatakan hanya menghentikan siaran langsung berkenaan selepas pintu rumahnya diketuk kuat.

Disiarkan pada: September 15, 2021 @ 7:01am
d