Eropah

Covovax dapat kelulusan kecemasan - WHO

Oleh AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, memberi kelulusan kecemasan kepada vaksin Covid-19 buatan India, Covovax.

Penolong Ketua Pengarah (Akses kepada Ubat-ubatan dan Produk Kesihatan) WHO, Mariangela Simao berkata, vaksin yang dihasilkan Institut Serum India di bawah lesen Novavax yang berpangkalan di Amerika Syarikat kini diedarkan sebagai sebahagian sistem perkongsian vaksin global, Covax.

Katanya, pengeluaran vaksin itu membantu usaha memberi vaksin kepada lebih ramai penduduk dalam kalangan negara berpendapatan rendah.

"Walaupun dengan kemunculan varian baharu, vaksin masih tetap alat paling berkesan untuk melindungi orang melawan penyakit teruk dan kematian akibat Covid-19.

"Sasaran kita untuk meningkatkan akses vaksin di negara berpendapatan rendah.

"Sebanyak 41 daripadanya masih belum mampu memberikan vaksin kepada 10 peratus daripada populasi mereka manakala 98 negara masih belum mencapai 40 peratus tahap vaksinasi," katanya dalam kenyataan.

Covovax memerlukan dua dos suntikan dan ia stabil pada suhu sejuk beku antara 2 hingga 8 darjah Celsius.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 18, 2021 @ 10:44am
    d