Eropah

Vaksinkan seluruh dunia untuk akhiri pandemik - Guterres

Oleh AFP

Davos: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menerusi forum Davos yang diadakan secara maya, pada Isnin berkata, penduduk dunia perlu divaksin Covid-19 bagi memastikan ada jalan keluar daripada pandemik.

Pertemuan secara bersemuka antara ahli politik dan pemain sektor korporat itu dijalankan secara dalam talian untuk kali kedua berturut-turut berikutan wabak yang tidak menunjukkan tanda untuk pulih.

"Jika kita gagal memvaksin semua orang, maka kita akan memberi ruang kepada varian baharu untuk merebak merentasi sempadan sehingga menyebabkan kehidupan dan ekonomi terjejas," katanya.

Guterres berkata, komuniti antarabangsa perlu berdepan dengan pandemik ini secara adil dan sama rata.

Beliau menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan strategi musim luruh lalu untuk memvaksin 40 peratus populasi dunia menjelang akhir 2021, dan 70 peratus menjelang pertengahan tahun ini.

"Kita kini sudah hampir mencapai sasaran itu," katanya pada Forum Ekonomi Dunia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 18, 2022 @ 10:14am
    d