Eropah

Pensyarah dapat pampasan RM572k

Oleh Agensi

London: Pensyarah di United Kingdom yang dipecat akibat suara yang lantang memenangi pampasan lebih 100,969 Pound Sterling (RM572,978.53).

Portal Metro melaporkan, ahli fizik bertugas di Universiti Exeter, Dr Annette Plaut, 60, dipecat kerana suara yang lantang.

Ia ketika wanita itu bercakap ataupun mengadakan perbincangan bersama penuntut dan rakan setugas.

Dr Plaut berkata, cara didikan dan budaya Yahudi Eropah Timur diwarisi membuatkan dirinya lantang bersuara dan berkomunikasi dengan menggunakan banyak pergerakan anggota badan, termasuk tangan.

Katanya, minat mendalam terhadap fizik juga membuatkannya tidak dapat menahan dirinya daripada teruja.

Dia memaklumkan kepada rakan dan penuntutnya supaya jangan ambil hati dengan perangainya.

Namun menurut panel, sesetengah kakitangan universiti terbabit beranggapan pensyarah itu seorang yang bongkak. Mereka tidak selesa berurusan dengan wanita itu.

Ia hingga menyebabkan pihak universiti menyiasat pensyarah itu atas dakwaan dia menjerit terhadap penuntut ijazah doktor falsafah (PhD).

Insiden itu dijadikan sebagai alasan wanita itu dipecat.

Menurut portal itu, Dr Plaut memenangi pampasan RM572,978.53 untuk penganiayaan, gangguan dan pemecatan yang tidak adil.

Hakim Paul Housego pada penghakimannya mengkritik layanan terhadap ahli akademik yang berjawatan tinggi seperti itu.

Disiarkan pada: January 23, 2022 @ 7:01am
d