Eropah

Israel berusaha baiki hubungan dengan Turki

Oleh Reuters

Istanbul: Presiden Israel, Isaac Herzog akan melawat Turki pada pertengahan Mac, kata Presiden Tayyip Erdogan hari ini.

Langkah berkenaan dibuat ketika Ankara berusaha untuk memperbaiki hubungan dua hala yang tegang antara kedua-dua negara.

Erdogan, bercakap pada sidang akhbar sebelum berlepas untuk lawatan ke Ukraine berkata, kedua-dua negara sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan.

Sementara itu, di Kyiv, Erdogan akan membincangkan ketegangan antara Ukraine dan Rusia dengan rakan sejawatannya Volodymyr Zelenskiy hari ini, selepas Turki bersetuju menjadi orang tengah.

Seorang pegawai berkata, Erdogan tidak memilih mana-mana pihak dalam krisis itu.

Lawatan Erdogan ke negara berkenaan adalah susulan lawatan oleh pemimpin anggota NATO iaitu Britain, Poland, dan Belanda di tengah-tengah kebuntuan.

Turki mempunyai hubungan baik dengan Kyiv dan Moscow tetapi berkata bahawa ia akan melakukan apa yang perlu sebagai anggota NATO jika Rusia menyerang.

Disiarkan pada: February 3, 2022 @ 6:11pm
d