Eropah

England mahu tamatkan arahan pengasingan diri Covid-19

Oleh AFP

London: England dijangka menamatkan arahan pengasingan kendiri bagi individu positif Covid-19, bulan ini, jika kadar jangkitan stabil, kata Perdana Menteri, Boris Johnson pada Rabu.

Cadangan itu antara arahan yang paling dinantikan selepas ia diguna pakai semua negara yang berdepan pandemik Covid-19, dengan Johnson memperkenalkan stratergi 'hidup bersama Covid-19'.

Bagaimanapun, cadangan itu dilihat sebagai kontroversi ketika pakar kesihatan memberi amaran rakyat seluruh dunia masih memerlukan vaksinasi.

Pembangkang di United Kingdom juga mempersoalkan adakah cadangan itu disokong penasihat saintifik kerajaan.

Johnson sebelum ini dikecam kerana melanggar peraturan Covid-19 Covid di Downing Street menyebabkan beliau didesak meletak jawatan.

Perdana Menteri itu juga berhasrat untuk menamatkan peraturan pengasingan diri pada 24 Mac.

Tetapi ketika berucap sebelum sidang Parlimen ditangguhkan bermula Khamis hingga 21 Februari ini, beliau berkata, arahan terbaharu itu akan dilaksanakan bulan depan dan ia mendapat sokongan ahli Parlimen Konservatif yang semakin bosan dengan sekatan itu.

"Saya akan kembali selepas sidang disambung semula untuk membentangkan strategi hidup bersama Covid-19," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 10, 2022 @ 9:51am
    d