Eropah

Putera Charles positif Covid-19 kali kedua

Oleh AFP

London: Putera Charles kini dikuarantin selepas disahkan positif Covid-19 untuk kali kedua, menurut kenyataan pejabatnya, semalam.

"Prince of Wales disahkan positif Covid-19 dan kini menjalankan kuarantin kendiri," menurut ciapan di laman Twitter rasminya.

Putera Charles kecewa kerana tidak dapat menghadiri majlis yang diadakan di Winchester, pada Khamis dan akan menjadualkan semula lawatan secepat mungkin.

Charles juga sepatutnya dijadualkan untuk melawat sebuah momumen patung di selatan bandar ini.

Putera berusia 73 tahun itu pertama kali disahkan positif pada Mac 2020 dan menghabiskan masa tujuh hari kuarantin di Istana Balmoral di Scotland.

Disiarkan pada: February 11, 2022 @ 9:49am
d