Eropah

Sekatan Covid-19 di Iceland ditarik balik

Oleh AFP

Reykjavik: Iceland akan mengikut langkah beberapa negara lain yang akan menamatkan sekatan Covid-19 walaupun kes positif masih tinggi, umum kerajaan pada Rabu.

Keputusan itu berkuat kuasa pada malam Khamis dan berdasarkan perancangan kerajaan sekatan akan ditarik secara beransur-ansur dan ia membabitkan langkah domestik dan kawalan sempadan.

"Kami kembali kepada kehidupan normal tetapi virus itu masih 'bersama'," kata Perdana Menteri Katrin Jakobsdottir kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat peringkat kerajaan.

Jakobsdottir tidak menolak kemungkinan untuk mengenakan langkah baharu pada masa hadapan, jika keadaan memerlukannya terutamanya jika varian baharu dikesan.

Iceland menjangkakan 80 peratus populasinya akan divaksin pada minggu kedua Mac ini, kata ketua epidemologi negara itu dalam kenyataan.

Untuk tempoh 24 jam sebelumnya, negara itu merekodkan 2,885 kes baharu dengan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik sebanyak 115,000 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 24, 2022 @ 10:21am
    d