Eropah

Letupan di beberapa bandar di Ukraine

Oleh AFP

Kyiv: Letupan kedengaran di ibu negara Ukraine pada pagi Khamis dan beberapa bandar di barisan hadapan dan sepanjang kawasan pantai negara itu.

Ia selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan di negara jirannya itu.

Koresponden AFP juga mendengar letupan di bandar pelabuhan di Laut Hitam, Odessa, dengan siren polis dan ambulans kedengaran di Kyiv.

Letupan juga didengar di Kharkiv, bandar besar terletak kira-kira 35 kilometer dari selatan Rusia.

Empat letupan didengar di Kramatorsk, bandar barisan hadapan yang menjadi ibu negara Ukraine untuk wilayah timur yang bergolak, dan lebih banyak letupan lagi didengari di bandar pelabuhan di Mariupol, menurut wartawan AFP.

Ukraine menutup ruang udaranya untuk pesawat awam dan Menteri Luar, Dmytro Kuleba menerusi Twitter bekata negaranya berdepan ' penjajahan berskala besar'.

Disiarkan pada: February 24, 2022 @ 12:42pm
d