Eropah

50 penceroboh Rusia terbunuh

Oleh AFP

Kiev: Ukraine berkata, ia sudah membunuh kira-kira 50 penceroboh Rusia berhampiran bandar Luhansk.

Bagaimanapun AFP belum mendapat pengesahan angka sebenar.

"Shchastya terkawal. Seramai 50 penceroboh Rusia terbunuh.

"Satu lagi pesawat Rusia juga dimusnahkan di Kramatorsk, ia adalah yang keenam," kata kakitangan pasukan tentera bersenjata melalui Twitter.

Sementara itu, Ukraine mengesahkan lima tenteranya terbunuh.

Disiarkan pada: February 24, 2022 @ 5:31pm
d